Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home / Projek / Kebebasan Maklumat

Kebebasan Maklumat

Projek ini bertujuan untuk melibatkan di antara pihak Sinar Project dengan kerajaan Malaysia bagi permintaan FOI dan untuk membolehkan penglibatan awam yang lebih mudah untuk diakses bagi memenuhi permintaan semasa.

Kebebasan maklumat tidak dijamin di Malaysia, sama ada melalui perlembagaan atau melalui mana-mana undang-undang tertentu. Undang-undang mengenai kebebasan maklumat menetapkan peraturan berkaitan dengan akses kepada maklumat atau rekod yang dipegang oleh badan-badan kerajaan. Secara umumnya, undang-undang tersebut menentukan proses sejauh mana maklumat kerajaan perlu dipamerkan untuk rujukan orang awam. Lebih dari 70 buah negara di seluruh dunia termasuk China, India dan Thailand telah melaksanakan beberapa bentuk undang-undang mengenai kebebasan maklumat, serta negara-negara lain yang sedang berusaha memperkenalkan dan meluluskan undang-undang tersebut.

Kerajaan Malaysia telah beberapa kali menolak permintaan untuk undang-undang kebebasan maklumat dari ahli-ahli parlimen pembangkang, wakil-wakil masyarakat sivil, kumpulan wartawan dan sebagainya. Hujah utama atas alasan untuk menolak permintaan tersebut adalah bahawa akses maklumat secara terus mampu menjejaskan hubungan kaum di dalam masyarakat majmuk. Akta Rahsia Rasmi (Official Secrets Act) dan beberapa undang-undang yang berkaitan menghadkan akses ke maklumat-maklumat yang dianggap sebagai rahsia rasmi kerajaan Malaysia. Kepada sesiapa yang mempamerkan maklumat-maklumat tersebut secara umum akan didakwa sebagai jenayah dan mungkin denda yang berat atau penjara.

Walau bagaimanapun, Enakmen Kebebasan Maklumat telah diluluskan di Selangor pada tahun 2011 dan di Pulau Pinang pada tahun 2014.

Inisiatif Terkini

  • Membuat kes ujian permintaan yang strategik

  • Memetakan badan-badan kerajaan dan pegawai-pegawai yang terlibat

  • Menyediakan laman web yang khas untuk mengesan dan memaparkan permintaan yang diajukan secara umum sebagai maklumat rujukan berdasarkan Alavateli, yang merupakan platform sumber terbuka.

  • Merangka litigasi yang strategik untuk mencabar penafian kebebasan maklumat

Ketua Projek

Michael Leow 

Pembiayaan & Sokongan

Geran dari

SEATTI Logo

ISIF Asia Logo

MySociety Logo

Sokong projek ini

Membuat sumbangan kewangan untuk projek ini adalah mudah. Anda boleh membuat pindahan wang atau deposit ke akaun berikut:

BANK Malayan Banking Berhad 
(Maybank)
SWIFT-BIC MBBEMYKL
BENEFICIARY Sinar Project PLT
ACCOUNT 512307614259